Tak sempat seludup keluar 1,440kg gula

Saturday, December 30, 2017

Tak sempat seludup keluar 1,440kg gula

Tak sempat seludup keluar 1,440kg gula

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 1,440 kilogram (kg) gula bersubsidi dalam operasi Gelora Khas di kawasan perairan Sungai Bergosong, dekat sini, petang semalam. 

Gula terbabit dirampas dalam sebuah bot jongkong yang diperiksa di perairan itu oleh lima anggota PPM selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira jam 4 petang.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Assisten Komisioner Mohd Yazid Abd Aziz, berkata bot jongkong itu dikesan dari arah Tanjung Batu dan dipercayai menuju ke perairan Indonesia.

"Pemeriksaan terhadap bot dikendalikan lelaki tempatan berumur 36 tahun itu menemui 1,440 kg gula pasir jenama Prai disimpan di ruang belakang jongkong dan ditutup menggunakan kanvas.


BOT jongkong dikendalikan lelaki tempatan membawa muatan 1,440 kilogram gula pasir dipercayai cuba diseludup ke Indonesia yang ditahan di perairan Sungai Bergosong, Tawau. - Foto Ihsan PPM

"Juragan juga gagal mengemukakan sebarang lesen atau dokumen berkaitan pemilikan barangan bersubsidi berkenaan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Kita percaya gula dirampas itu cuba diseludup keluar ke Indonesia," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Yazid berkata, semua barang rampasan itu termasuk bot jongkong bersama dua unit enjin dianggarkan bernilai RM36,176 dibawa ke pejabat PPM Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment