Pengalaman kerja sukarelawan
PONTIAN - Pengalaman baharu diberi peluang membina rumah bagi golongan kurang bernasib baik di negeri ini sesuatu yang cukup menarik bagi pelajar Kolej Kemahiran Johor Kluang.
Menerusi Bantuan Rumah Ihsan Johor, kumpulan pelajar seramai 12 orang ini berpeluang merasai sendiri pengalaman membina rumah dan aktiviti kesukarelawan di bawah Pertubuhan Ihsan Johor.
Tenaga pengajar Kolej Kemahiran Johor Kluang, Daeng Jaafar Saadon berkata, pelajar berusia 16 hingga 25 tahun yang mengambil jurusan elektrik diberi peluang menjadi sukarelawan membina rumah Bantuan Ihsan Johor.
Menurutnya, penglibatan pelajar Kolej Kemahiran Johor Kluang dalam kerja-kerja sukarelawan terbabit sudah bermula sejak awal tahun ini melibatkan beberapa projek pembinaan rumah di Paloh, Parit Raja dan Permatang Duku, Pontian.
âKesungguhan pelajar dapat dilihat apabila mereka tidak jemu-jemu mahu menyertai projek sukarelawan membina Rumah Bantuan Ihsan Johor.
âBermula dari satu projek sehingga hampir tujuh projek disertai mereka pada tahun ini. Ini jelas menunjukkan golongan belia juga mempunyai kesedaran dan kesungguhan untuk membantu melalui sumbangan tenaga mereka,â katanya.
Daeng Jaafar berkata, pembinaan Rumah Bantuan Ihsan Johor juga mendedahkan kepada pelajar tentang pembinaan rumah menggunakan teknologi tinggi.
âBanyak yang pelajar dapat lihat dan alami sendiri kerja-kerja pembinaan rumah menggunakan teknologi kerana mampu disiapkan dalam tempoh singkat iaitu tiga hari sahaja.
âIa pasti menarik untuk pelajar mengetahuinya dan dapat digunakan bagi menempuh alam pekerjaan kelak,â katanya.
Sumbangan bantu insan
Pelajar, Muhamad Jazli Jasmi, 20, berkata, sebagai anak muda, dia juga mahu menyumbang sesuatu bagi membantu insan yang memerlukan.
Justeru dengan adanya program sukarelawan Pertubuhan Ihsan Johor ini, dia bersama rakan-rakan berganding bahu untuk sama-sama menyiapkan rumah yang akan menjadi tempat berteduh yang baharu kelak.
âDi sini saya dapat kenal rakan-rakan sukarelawan dari pelbagai kolej, universiti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
âBanyak pengalaman ditimba selain dapat menambah kenalan,â katanya.
Sementara itu, bagi penerima sumbangan Rumah Bantuan Ihsan Johor di Kampung Permatang Duku, Kamalruzaman Abdullah, 44, amat bersyukur dan gembira apabila Pertubuhan Ihsan Johor tampil menghulurkan bantuan menyediakan kediaman lebih selesa kepadanya.
âRumah baharu ini untuk 9 orang anak saya. Yang sulung berusia 24 tahun dan yang bongsu baru berumur 2 tahun,â katanya selepas menerima kunci Rumah Ihsan Johor yang disampaikan oleh Exco Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir Hasni Mohammad merangkap Adun Benut, baru-baru ini.
Hadir sama menyempurnakan penyampaian kunci Rumah Ihsan Johor adalah Presiden Pengasas Pertubuhan Ihsan Johor, Suhaimi Salleh.
Kamalruzaman berkata, dia seakan tidak percaya melihat rumah yang memiliki 3 bilik dan 1 bilik air ini mampu disiapkan dalam tempoh 3 hari sahaja.
âMelihatkan keadaan rumah yang sempurna membuatkan saya merasa begitu terharu dengan semangat anggota sukarelawan yang bertungkus lumus menyiapkan rumah untuk kami sekeluarga,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment