Minta maaf bukan adat Melayu tapi satu konsep dalam Islam
KUALA LUMPUR - Pas melihat Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad masih tidak menyesali kesalahannya meskipun sudah menyatakan memohon maaf secara terbuka.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, meminta maaf bukan adat Melayu sebaliknya ia adalah satu konsep di dalam Islam.
âSaya dengar sedikit di dalam televisyen mengatakan meminta maaf mengikut adat Melayu. Adat Melayu ni kita faham la macam mana.
âKemudian, katanya ada kenyataan lain pula selepas itu. Bukan mengaku salah, bukan bermakna salah... meminta maaf sahaja," katanya di sidang media selepas merasmikan Kempen Penambahan Ahli Pas, âPas Pilihanku 2.0' di ibu pejabat Pas, hari ini.
Semalam, bekas perdana menteri itu dilaporkan berkata, seperti manusia lain, beliau juga tidak sunyi daripada melakukan kesalahan.
Mahathir bagaimanapun tidak menyebut peristiwa tertentu berhubung permohonan maafnya itu.
Beliau juga berkata ucapan maaf itu adalah sebahagian adat Melayu.
Mengulas lanjut Abdul Hadi berkata, Pas tidak mengambil sikap untuk membalas dendam terhadap kekejaman Mahathir, terutama ketika pemimpin itu menjadi perdana menteri.
"Sehingga kini memang... Bahkan ketika kita memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah, kita tak balas dendam melalui kuasa yang ada pada kita, menandakan kita maafkan secara praktikal, bukan secara bercakap sahaja," katanya.
Sementara itu mengulas isu calon perdana menteri, Abdul Hadi berkata, Pas ada pendekatan dan akan menamakan mereka yang layak apabila tiba masanya.
âPas ada pendekatan sendiri. Kita diajar oleh Islam, kita tak meminta jawatan, kita minta perubahan berlaku. Masalah siapa yang menjadi nakhoda, bila tiba masanya kita akan tentukan," katanya.
Abdul Hadi berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pakatan Harapan yang sudah menamakan calon perdana menteri dan timbalannya.
Ketika ditanya adakah Mahathir masih layak menjadi perdana menteri, Abdul Hadi hanya menjawab ringkas.
"Rakyat yang tentukan, biar dia bertanding dulu," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment