Pemansuhan 4 plaza tol bukti keprihatinan kerajaan

Sunday, December 31, 2017

Pemansuhan 4 plaza tol bukti keprihatinan kerajaan

Pemansuhan 4 plaza tol bukti keprihatinan kerajaan

SHAH ALAM - Pemansuhan kutipan tol bermula 1 Januari 2018 di empat plaza tol di Batu Tiga, Sg Rasau, Bukit Kayu Hitam dan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) menjadi bukti keprihatinan kerajaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, hasrat murni kerajaan ini berjaya direalisasikan hasil beberapa siri rundingan bersama beberapa pihak berkepentingan bagi mengurangkan kos sara diri dan meningkatkan kualiti hidup rakyat khususnya di Selangor, Kedah dan Johor.

"Dengan pemansuhan keempat-empat tol ini, pengguna akan menikmati laluan tanpa tol 20 tahun lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi Lebuhraya Plus.

"Bagi Lebuhraya EDL pula, pengguna di Bangunan Sultan Iskandar hanya perlu membayar kutipan tol bagi PLUS untuk jajaran Tambak Johor sahaja," katanya menerusi satu kenyataan media.

Dianggarkan seramai 270 000 penduduk sekitar Shah Alam dan Klang, 2,800 penduduk sekitar Bukit Kayu Hitam, Kedah dan 42 000 pengguna harian EDL bakal mendapat manfaat penjimatan kos kewangan harian.

Berikutan pemansuhan tol ini, operasi dan penyelenggaraan keseluruhan jajaran Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2) dan Lebuhraya PLUS antara Bukit Kayu Hitam hingga Paya Kemunting serta Lebuhraya EDL akan diletakkan di bawah tanggungjawab JKR.

Kesemua jajaran lebuh raya yang terlibat ini juga diwartakan sebagai Jalan Persekutuan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment