Rohani menang tanpa bertanding

Friday, December 29, 2017

Rohani menang tanpa bertanding

Rohani menang tanpa bertanding

KUCHING: Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Padungan terus memberi kepercayaan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim untuk menerajui cawangan itu bagi penggal 2017-2020.

Rohani yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar menang tanpa bertanding dalam mesyuarat cawangan itu hari ini, sekali gus mengekalkan jawatan berkenaan bagi penggal keempat berturut-turut sejak 2004.

Beliau ketika dihubungi BH memaklumkan tanggungjawab diberikan oleh pucuk pimpinan dan ahli PBB Padungan akan dilaksanakan dengan penuh amanah dan dedikasi yang tinggi.

Rohani turut menggesa cawangan itu membuat persiapan bagi memastikan kelancaran Konvensyen PBB yang dijadualkan berlangsung Februari depan.

"Kepemimpinan PBB Padungan, begitu juga ahlinya juga diingatkan agar bersiap sedia memperkukuhkan jentera parti di peringkat akar umbi, khusus dalam membantu persiapan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tidak lama lagi.

"Kita harus memastikan kemenangan besar dalam PRU-14, sekali gus mengekalkan kedudukan Sarawak sebagai kubu terkuat BN," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Eksekutif PBB, Datuk Awang Bujang Awang Antek turut mengingatkan ahli mengenai Perlembagaan PBB yang perlu dipatuhi dan mesyuarat perwakilan peringkat ranting serta cawangan.

"Ini perlu perlu diselesaikan sebelum 31 Disember ini bagi memastikan kelancaran konvensyen parti menjelang Februari depan," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment