Lelaki mahu letupkan Kompleks ICQ Rantau Panjang ditahan

Saturday, December 30, 2017

Lelaki mahu letupkan Kompleks ICQ Rantau Panjang ditahan

Lelaki mahu letupkan Kompleks ICQ Rantau Panjang ditahan

TUMPAT - Seorang lelaki ditahan kerana mendakwa mahu meletupkan Kompleks Kastam, Kuarantin dan Imigresen (ICQ) Rantau Panjang dan pos Sekatan Jalan Raya (SJR) Chabang Empat, Salam, malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, lelaki tempatan berusia 30 tahun itu ditahan anggota Agensi Penguatkuasaan Sempadan (Aksem) kira-kira jam 11.30 malam ketika melalui sekatan jalan raya itu.

"Suspek lelaki bujang beralamat Pandan Maran, Klang, Selangor, menunggang motosikal  Yamaha Lagenda bersendirian  melalui kawasan itu.

"Suspek agak agresif ketika ditahan anggota Aksem itu dan soal siasat dilakukan, lelaki itu mendakwa mahu meletupkan pos ini dan kompleks ICQ Rantau Panjang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah dan Terima Tugas Antara Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat Superintenden Mohamed Zulmazi Che Daud dengan Superintendan Ab. Rashid Mat Daud.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas lelaki itu yang membawa beg sandang menemui  lima plastik mengandungi bijian dan satu plastik mengandungi serbuk berwarna kuning.

"Turut ditemui sebilah gunting, pisau, empat biji bateri AA, satu set pemutar skru, satu lilitan wayar tembaga, satu kabel USB telefon bimbit, pengecas dan paspot milik suspek di dalam beg sandang itu," katanya.

Katanya, suspek positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan senjata merbahaya dan penagihan dadah.

Kes disiasat dibawah Seksyen Sek 506 Kanun Keseksaan dan seksyen Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment