Jamal Abdillah meriahkan Ambang Tahun Baru 2018 di Ipoh

Sunday, December 31, 2017

Jamal Abdillah meriahkan Ambang Tahun Baru 2018 di Ipoh

Jamal Abdillah meriahkan Ambang Tahun Baru 2018 di Ipoh

IPOH: Kemunculan istimewa penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah, menghiburkan ribuan pengunjung yang membanjiri program Sambutan Ambang Tahun Baru 2018 Peringkat Negeri Perak di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebentar tadi.

Pengunjung yang hadir dihiburkan oleh persembahan penyanyi lagenda itu yang mendendangkan gabungan medley antara lagu hitsnya seperti Aku Penghiburmu, Gadis Melayu dan Kekasih Awal dan Akhir. 

Selain itu, program turut dimeriahkan dengan lebih 20 persembahan tarian dan nyanyian kebudayaan pelbagai genre antaranya tarian Melayu daripada Tiungmas dan pemuzik tempatan, The Youngstarz. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi hadir bagi  melancarkan program berkenaan. 

Detik ambang tahun baharu disempurnakan dengan gimik pelancaran pemasangan permainan puzzle Touring Perak Board Game dan percikan bunga api. 

Pengunjung turut dihiburkan dengan keletah pengacara Radio Hot FM, Raden, sepanjang program berlangsung. 

Penutup program berkenaan digamatkan dengan persembahan nyanyian penyanyi yang namanya sedang meningkat, iaitu Nabila Razali.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment