Banjir kilat: Lima keluarga terpaksa berpindah

Sunday, December 31, 2017

Banjir kilat: Lima keluarga terpaksa berpindah

Banjir kilat: Lima keluarga terpaksa berpindah

GUA MUSANG: Seramai 30 orang daripada lima keluarga di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Jeram Tekoh, di sini, terpaksa berpindah apabila rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat, malam ini.

Mereka berpindah ke kampung berhampiran kira-kira jam 9 malam ini berikutan air dari anak sungai melimpah selepas hujan lebat sejak jam 5 petang.

Norwati Ismail, 38, berkata, air naik terlalu cepat hingga dia tidak sempat mengangkat barang ke tempat yang lebih tinggi.

Katanya, kejadian banjir kilat itu adalah kali kedua berlaku, termasuk pada awal November lalu.

Norwati berkata, kejadian banjir kilat itu biasanya tidak lama dan mungkin surut semula dalam tempoh antara dua hingga tiga jam apabila hujan berhenti.

"Kejadian banjir kilat itu mungkin berpunca daripada bukit berhampiran yang digondol untuk tujuan pertanian," katanya.

Mohd Khairul Said, 42, pula berkata, dia sekeluarga baru selesai solat Isyak dan tiba-tiba menyedari air dari anak sungai melimpah masuk ke dalam rumah.

Katanya, pelbagai barang keperluan tidak sempat diselamatkan dan banyak perabot yang rosak.

"Kami baru membeli perabot baharu selepas yang lama rosak ditenggelami banjir November lalu dan kini kami menanggung kerugian sekali lagi," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment