Dua sungai melepasi paras amaran

Sunday, December 31, 2017

Dua sungai melepasi paras amaran

Dua sungai melepasi paras amaran

KUANTAN: Dua sungai di negeri ini, Sungai Tembeling di Kuala Tahan, Jerantut dan Sungai Belat di Sri Damai di sini, melepasi tahap jingga atau amaran yang mendedahkan kawasan rendah, dilimpahi air sungai.

Berdasarkan rujukan pada laman web infobanjir.water.gov.my sehingga jam 10 pagi, paras Sungai Tembeling melepasi tahap amaran, iaitu 66.10 meter (68.00 meter bagi paras bahaya), manakala Sungai Belat sebanyak 4.21 meter (5.00 meter bagi paras bahaya).

Selain itu, bacaan air Sungai Kuantan di Pasir Kemudi di sini menunjukkan melebihi paras waspada atau kuning iaitu 5.48 meter (6.40 meter bagi paras waspada).

Peningkatan paras air itu berpunca hujan berterusan, kadang kala lebat bermula petang kelmarin dan dijangka paras air sungai berkenaan akan terus meningkat.

Sementara itu, paras air Sungai Pahang, Pekan ialah 1.35 meter melebihi paras normal satu meter dan Sungai Ikan, Cameron Highlands pula merekodkan bacaan 1273.10 meter (normal 1,277.34 meter).

Paras air Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran merekodkan bacaan 14.94 meter juga melebihi paras normal (14.00 meter) dan Sungai Triang, dekat Bera 31.18 meter (paras normal 31.00 meter).



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment