Penentuan calon PM cabaran terbesar buat Pakatan Harapan - Penganalisis

Sunday, December 31, 2017

Penentuan calon PM cabaran terbesar buat Pakatan Harapan - Penganalisis


KUALA LUMPUR : Penentuan calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal menjadi cabaran terbesar buat gabungan pembangkang tersebut.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata ini kerana mereka harus menetapkan sama ada mengekalkan konsensus sedia ada iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mempertimbangkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kalau Tun (Dr Mahathir) ingin menjadi Perdana Menteri, beliau bukan sahaja harus bertanding dalam PRU 14 tetapi memenangi kerusi yang ditandingi," kata beliau.
Selain Sivamurugan, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berkata cadangan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri bergantung kepada penerimaan Anwar.

"Kalau Anwar tiada masalah dengan cadangan tersebut, saya rasa Pakatan Harapan boleh terima.

"Walau bagaimanapun yang penting bukan apa yang ditentukan PH tetapi adakah rakyat boleh terima Dr Mahathir semula sebagai Perdana Menteri?" soal Mohd Azizuddin.

Tambah beliau, antara golongan yang mungkin diragui sokongan terhadap bekas Perdana Menteri itu adalah golongan muda dan bukan Melayu.



sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment