Mansuh tol langkah tepat
SHAH ALAM - Pemansuhan tol Sg Rasau dan Batu Tiga seperti diumum kerajaan pusat dalam Pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini dianggap satu langkah tepat bagi mengurangkan beban rakyat yang kini berdepan kos sara hidup yang tinggi.
Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, pelaksanaan tersebut mengambil kira tempoh operasi kedua-dua tol yang panjang diyakini mengutip hasil melebihi kos serta mencapai keuntungan yang sepatutnya.
Menurutnya, pada masa akan datang beliau berharap maklumat perjanjian pembinaan lebuh raya bertol lebih terbuka, boleh diakses semua pihak dan tidak terhad kepada kerajaan pusat dan konsesi sahaja.
âData tempoh konsesi dan kadar keuntungan perlu diketahui umum bagi mengelak ia disalah guna untuk keuntungan berlebihan yang akhirnya beban itu ditanggung rakyat. Ia juga termasuk pemakluman lanjutan tempoh konsesi dan perincian sebab,â katanya.
Zaidy yang juga Adun Taman Templer berkata, sebolehnya kerajaan negeri berhasrat supaya pemansuhan tol dilakukan di semua lebuh raya.
âKita cuma boleh mendesak tapi tidak boleh memaksa kerana hal perjanjian konsesi adalah termaktub di bawah undang-undang dan di luar bidang kuasa kerajaan negeri.
âJadi kita tak boleh nak meletakkan sasaran pemansuhan tol-tol berikutnya, namun akan memantau projek-projek seterusnya bagi memastikan pelaksanaannya adalah bagi keperluan rakyat bukan menguntungkan pihak ketiga,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment