Lebuhraya Persekutuan kini bebas tol

Sunday, December 31, 2017

Lebuhraya Persekutuan kini bebas tol

Lebuhraya Persekutuan kini bebas tol

SHAH ALAM - Pengguna Lebuhraya Persekutuan tidak perlu lagi membayar kadar tol yang dikenakan di Tol Sg Rasau dan Tol Batu Tiga, bermula 12 tengah malam sebentar tadi.

Ini kerana kedua tol berkenaan tidak lagi dikenakan kadar bayaran menjelang tengah malam ini.

Sebelum ini, pengguna daripada Klang yang melalui Lebuhraya Persekutuan dikenakan bayaran bermula RM1.00 di Tol Sg Rasau.

Manakala Tol Batu Tiga pula mengenakan bayaran bermula RM1.10 kepada pengguna kenderaan ringan.

Kutipan tol di Plaza Tol Sungai Rasau dan Batu Tiga di Selangor, Bukit Kayu Hitam, Kedah, dan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) di Johor akan dimansuhkan berkuat kuasa 12 tengah malam ini.

Tol Sg Rasau

Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan berkata pengguna plaza tol Sungai Rasau, Batu Tiga dan Bukit Kayu Hitam akan menikmati laluan tanpa tol 20 tahun lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian konsensi Lebuhraya Utara-Selatan (Plus).

"Bagi EDL pula, pengguna di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru hanya perlu membayar kutipan tol bagi Plus untuk jajaran Tambak Johor sahaja," demikian menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan mematuhi pengurusan kawalan trafik dan papan tanda yang disediakan semasa melalui semua plaza tol terlibat bagi memastikan perjalanan lancar dan selamat.

Pemansuhan kutipan tol ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2018, sebagai bukti keprihatinan kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment