Kes tipu: Lelaki dijatuhi hukuman penjara 13,275 tahun

Friday, December 29, 2017

Kes tipu: Lelaki dijatuhi hukuman penjara 13,275 tahun

Kes tipu: Lelaki dijatuhi hukuman penjara 13,275 tahun

BANGKOK - THAILAND. Sebuah mahkamah di Thailand menjatuhi hukuman penjara 13,275 tahun ke atas seorang lelaki kerana menipu 570 juta Baht (kira-kira RM73 juta) daripada lebih 2,500 orang melalui satu skim pelaburan palsu.

Bagaimanapun, mengikut undang-undang, lelaki berumur 34 tahun itu akan menjalani hukuman  maksimum 20 tahun penjara mengikut tempoh penjara yang sebenar.

Menurut satu laporan dalam media tempatan hari ini, lelaki terbabit, Phudit  Kittitradilok didapati bersalah berhubung penipuan awam dan pengubahan wang haram dengan skim pelaburan yang didalanginya dari Ogos 2015 sehingga September 2016.

Walaupun tempoh hukuman penjara yang panjang dijatuhi ke atas lelaki itu oleh Mahkamah Jenayah  Thailand, ia masih jauh daripada rekod pada 1989 apabila sebuah lagi mahkamah menjatuhi  hukuman penjara 141,078 tahun ke atas seorang bekas pekerja Pihak Berkuasa Petroleum Thailand, Chamoy Thipyaso.

Thipyaso disabitkan dengan penipuan korporat.

Kittitradilok ditahan polis pada Ogos tahun ini berikutan waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara lima tahun bagi setiap 2,653 pertuduhan penipuan awam dan 10 tahun untuk pengubahan wang haram, menjadikan jumlah hukuman penjara yang dijatuhi ke atas lelaki itu kepada 13,275 tahun.

Pada mulanya, Kittitradilok menafikan kesemua tuduhan semasa siasatan polis, tetapi mengaku bersalah semasa menghadapi tuduhan yang menyebabkan mahkamah mempertimbangkan dan mengurangkan  hukuman penjaranya sehingga separuh menjadi 6,637 tahun dan enam bulan.

Sementara itu, pengerusi Persatuan Skim Pelaburan Anti-piramid Samart Jenchaijitwanich berkata kira-kira 40,000 orang diperdaya untuk melabur dalam penipuan membabitkan kira-kira 5.3 bilion Baht (kira-kira RM670 juta).

Beliau meminta pihak berkuasa meminda undang-undang mengenai penipuan awam dengan menaikkan kadar penalti. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment