Dua masjid siap 2018

Saturday, December 30, 2017

Dua masjid siap 2018

Dua masjid siap 2018

SHAH ALAM - Projek pembinaan masjid di dua kampung di Kemboja oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Antarabangsa bakal memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 penduduk Islam di sana.

Pengerusinya, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata,  pembinaan masjid di Kampung Kabai bermula November lalu dan dijangka siap pada Jun 2018, manakala pembinaan masjid di Kampung Traset akan bermula pada hujung Januari 2018 dan dijangka siap pada Julai tahun yang sama.

“Pembinaan masjid di Kampung Kabai yang menelan kos kira-kira AS$100,000 (RM405,090) itu mendapat sokongan daripada seorang dermawan rakyat Malaysia yang turut mencadangkan supaya masjid itu diberikan nama Masjid Almansoriah.

“Projek ini berjalan dengan lancar perlu disegerakan memandangkan ia keperluan kepada 2,000 penduduk di kawasan tersebut apatah lagi tapak masjid agak strategik,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, sejak 18 tahun NGO Antarabangsa diwujudkan, sebanyak empat buah masjid berjaya dibina hasil daripada derma pihak yang terlibat.

“Alhamdulillah, 2018 kita akan siapkan dua lagi masjid.

“Saya amat berterima kasih kepada sahabat dan dermawan yang sentiasa bermurah hati untuk memberikan dana bagi tujuan kebajikan ini,” katanya.

Kampung Kabai dan Kampung Traset masing-masing terletak kira-kira 530 kilometer dan 350 kilometer dari ibu negara Kemboja, Phnom Penh.

Pembinaan masjid berkenaan akan mengakhiri penantian lima tahun penduduk Kampung Kabai dan Kampung Traset yang terletak berhampiran sempadan Kemboja dan Vietnam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment