Kayuhan akhir tahun kemuncak acara
IPOH - Kayuhan akhir tahun menjadi acara kemuncak Hari Tanpa kereta bagi tahun 2017 telah disertai hampir 300 ahli dari pelbagai kelab basikal di negeri ini.
Pengarah Perancang Bandar Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Zulqarnain Mohamad berkata, mereka berkayuh secara santai sejauh 18 km bermula Jalan Raja Dihilir ke Jalan Tambun kemudian Jalan Ampang Baru dan berakhir Jalan Raja Dr Nazrin Shah.
Menurutnya, kayuhan itu bertujuan untuk meningkatkan kesihatan selain mengeratkan hubungan antara ahli kelab basikal yang terlibat.
âSelepas kembali ke garisan permulaan, peserta turut diberi peluang menyertai cabutan bertuah yang disediakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI),â katanya.
Zulqarnain berkata, selain aktiviti berkayuh, satu lagi program menarik adalah aktiviti mencari harta karun yang dianjurkan pihak swasta.
Katanya, mereka mengambil peluang ini untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Tanpa Kereta bersama warga Ipoh.
âHari Tanpa Kereta ini berjalan seperti biasa dengan pameran serta aktiviti pelbagai agensi, pertubuhan bukan kerajaan, unit beruniform dan lain-lain yang mengambil bahagian setiap bulan.
âSambutan yang menggalakkan saban tahun menjadi titik tolak untuk program Hari Tanpa Kereta diteruskan pada tahun hadapan,âkatanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment