FAS, FMLLP kena patuhi syarat : PSM

Sunday, December 31, 2017

FAS, FMLLP kena patuhi syarat : PSM

FAS, FMLLP kena patuhi syarat : PSM

KETUA Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Azman Fahmi Osman berkata, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) perlu mematuhi syarat ditetapkan bagi penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menurutnya, PSM juga masih menunggu jadual perlawanan Liga Malaysia  (Liga-M) daripada FMLLP dan jadual perlawanan pasukan kebangsaan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi musim 2018.

"Pihak PSM sedang menanti jadual penuh liga.. ini adalah bagi memastikan tidak berlaku pertindihan acara dengan lain penganjur yang telah membuat tempahan lebih awal untuk menggunakan Stadium Nasional," katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, PSM masih belum memberikan kelulusan kepada FAS bagi menggunakan Stadium Nasional, KL Sports City sebagai gelanggang rasmi The Red Giants untuk tahun 2018

Bagaimanapun, Presiden FAS, Datuk Seri Subahan Kamal dalam satu laporan media berkata, mereka sudah diberi lampu hijau oleh PSM kini sedang menunggu kelulusan daripada FMLLP.

Semalam, bekas pemain Selangor, Khalid Ali berkata, Stadium Nasional hanya layak digunakan untuk perlawanan bertaraf antarabangsa dan kejohanan besar di Malaysia dan bukannya saingan Liga-M.

Jelas Khalid,FAS dilihat seolah-olah berfikiran cetek tanpa memikirkan apakah kemungkinan yang berlaku sekiranya menjadikan Bukit Jalil sebagai venue rasmi pasukan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment