Seorang hilang MPV dihanyutkan arus

Saturday, December 30, 2017

Seorang hilang MPV dihanyutkan arus

Seorang hilang MPV dihanyutkan arus

KOTA MARUDU: Enam terselamat manakala seorang dilaporkan hilang, selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka, dihanyutkan arus deras di Kampung Bintosan Darat, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Asyraf Nurajim, 20-an, dilaporkan hilang susulan maklumat daripada enam yang terselamat.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika MPV terbabit melalui kawasan yang dinaiki air, sebelum arus sungai yang deras menghanyutkan kenderaan itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.56 pagi.

Katanya, bomba kemudian menghantar lima anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan utiliti ke lokasi yang terletak 16 kilometer (km) dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu.


KEADAAN Toyota Innova yang dihanyutkan arus deras di Kampung Bintosan Darat, Kota Marudu. - Foto Ihsan Bomba

"Bomba melaksanakan operasi mencari dan menyelamat dan pada jam 4.35 pagi kenderaan itu ditemui pada jarak 30 meter dari tempat dilaporkan mula hanyut.

"Ketika kejadian kenderaan itu dinaiki tujuh mangsa, namun enam daripada mereka berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui cermin yang dipecahkan.

"Bagaimanapun, seorang lagi mangsa lelaki berumur 20-an masih hilang dan operasi mencari diteruskan," katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment