Suspek ada masalah mental

Sunday, December 31, 2017

Suspek ada masalah mental

Suspek ada masalah mental

TUMPAT - Lelaki yang mendakwa mahu meletupkan Kompleks Kastam, Kuarantin dan Imigresen (ICQS) Rantau Panjang dan pos Sekatan Jalan Raya (SJR) Chabang Empat Salam Rantau Panjang kelmarin dipercayai ada masalah mental.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad berkata, suspek berusia 30 tahun itu mempunyai rekod sakit mental dan masih bergantung pada ubat-ubatan.

"Hasil siasatan suspek yang ditahan kelmarin pernah dirawat di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.

"Dia suka merayau dan motosikal Yamaha Lagenda yang ditunggangnya itu bukan motosikal curi tetapi milik saudaranya.

"Mungkin dia  ke sini dari Pandan Maran Klang Selangor  menunggang motosikal itu," katanya.

Beliau berkata, bahan yang dibawa di dalam beg sandang juga bukan bahan untuk membuat letupan.

Menurutnya, lelaki itu ditahan reman selama empat hari bermula semalam dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan.

"Kes disiasat dibawah Seksyen Sek 506 Kanun Keseksaan dan seksyen Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.

Terdahulu Din menziarahi bapa tunggal, Mohd Zain Abdullah,54, yang menjaga tiga anak Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 16,17 dan 23 tahun di Kok Keli untuk menyampaikan sumbangan wang dan keperluan dapur kepada keluarga terbabit.

Sumbangan itu hasil derma pengawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Kelantan (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk membantu meringankan bebanan Mohd Zain.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment