'Jangan mungkir janji'
APA status Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn? Itu pastinya persoalan yang sedang bermain di fikiran penyokong Selangor buat masa ini.
Apa tidaknya, sehingga ke hari ini, belum ada khabar berita yang menunjukkan dua pemain kebang-saan Indonesia itu akan memulakan latihan bersama skuad The Red Giants.
Memahami kegusaran penyokong Gergasi Merah, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) tampil memberi penjelasan.
Naib Presidennya, Datuk Abdul Rauf Ahmad berkata, beliau berharap Evan dan Ilham akan hadir menjalani latihan bersama Selangor esok (2 Januari) seperti yang dijanjikan.
"Apa yang saya boleh cakap macam inilah, kalau 2 Januari (esok) tu sepatutnya mereka (Evan dan Ilham) sudah memulakan sesi latihan dengan kami dan saya berharap mereka akan datang seperti dijanjikan.
"Esok kalau tidak datang juga, mungkin kita akan buat sesuatu," katanya.
Jelasnya, sesuatu yang dimaksudkan itu ialah menerusi kenyataannya sebelum ini bahawa FAS menerusi Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal akan bersemuka dengan Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Edy Rahmayadi bagi membuat rundingan.
Rauf berkata, beliau yakin rundingan itu akan membuahkan hasil yang positif.
"Insya-ALLAH perkara ini boleh diselesaikan secara profesional," katanya.
Sementara itu,bekas pemain Selangor, Khalid Ali menyifatkan masalah ini timbul berkemungkinan disebabkan PSSI menganggap Liga Malaysia (Liga-M) berada di tahap yang rendah.
Ujarnya, mungkin timbul pertikaian daripada PSSI yang menganggap dua pemain terbaiknya itu tidak dapat berkembang dengan baik jika bermain di Liga-M.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment