Atletico perkenal Costa, Vitolo

Sunday, December 31, 2017

Atletico perkenal Costa, Vitolo

Atletico perkenal Costa, Vitolo

MADRID: Atletico Madrid tampil memperkenalkan dua pemain baharu mereka, Diego Costa dan Vitolo sebentar tadi sebaik berakhir hukuman penggantungan perpindahan pemain.

Atletico sebelum ini tidak boleh mendaftar pemain baharu selepas dikenakan penggantungan oleh FIFA kerana didapati wujud penyelewengan daripada segi pembelian pemain.

Tetapi mereka sudah mencapai persetujuan untuk membawa kembali Costa daripada Chelsea dan turut menandatangani penyerang Sevilla, Vitolo.

Kedua-dua penyerang itu boleh membuat penampilan dengan jendela perpindahan musim sejuk membuka pasarannya esok.

"Saya tahu terdapat banyak persaingan, banyak gol yang sudah dijaringkan mereka," kata Costa berhubung prospek bersaing tempat bersama Antoine Griezmann dan Fernando Torres.

Costa mengesahkan perpindahan ke Atletico pada September lalu dengan media Sepanyol melaporkan ia menelan belanja 60 juta Euro (RM 292.3 juta).

Sementara Vitolo pula bersetuju menyertai skuad kendalian Diego Simeone selepas mencapai persetujuan membayar pampasan 37.5 juta Euro (RM 182.7 juta) kepada Sevilla. - AFP



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment