Banjir: 68 murid SK Aring terkandas

Sunday, December 31, 2017

Banjir: 68 murid SK Aring terkandas

Banjir: 68 murid SK Aring terkandas

GUA MUSANG - Seramai 68 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Aring, tidak dapat memulakan sesi persekolahan kerana jalan utama dinaiki air.

Guru Besar, Kamarudin Abdullah berkata, murid yang terkandas dan gagal hadir ke sekolah adalah dari Felda Aring 5.

"Murid-murid dari Aring 5 sering terkandas apabila hujan berlarutan kerana jalan utama itu  mudah dinaiki air.

"Ini adalah salah satu masalah utama pelajar di kawasan berkenaan untuk ke sekolah sekiranya hujan lebat. Mungkin esok, bila air surut, barulah mereka ke sekolah," katanya.

Bagi murid Tahun 4, Mohamed Hakim Zamani Mohd Zameri, dia teruja untuk ke sekolah sejak beberapa hari lalu namun terpaksa melupakan hasrat.

"Saya dah siapkan kelengkapan sekolah untuk dipakai hari ini. Tapi, bila tengok air memenuhi jalan, terpaksalah duduk di rumah sahaja.

"Harap-harap esok air sudah surut kerana saya sudah tidak sabar untuk ke sekolah," katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment