Sungai Golok melepasi paras jaga-jaga

Sunday, December 31, 2017

Sungai Golok melepasi paras jaga-jaga

Sungai Golok melepasi paras jaga-jaga

RANTAU PANJANG - Hujan lebat berterusan sejak empat hari lalu menyebabkan paras Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi jaga-jaga, pagi tadi.

Mengikut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sehingga jam 12 tengah hari tadi, ketinggian Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada bacaan 7.52 meter.

Bagaimanapun setakat ini, tiada mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PSS).

Aktiviti masyarakat juga berjalan seperti biasa termasuk membeli belah di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang.

Tinjauan mendapati jalan raya utama Pasir Mas Rantau Panjang dan Jalan Rantau Panjang Panglima Bayu boleh dilalui semua kenderaan kecuali jalan-jalan di  Kampung Tasek bakong ke Putat Tujuh, yang dipenuhi air 0.5 meter manakala Jalan Lanchang, Bongor Kelawar, Jejawi dan Banggol Nyor turut dilimpahi air setinggi 0.7 meter.

Sementara itu, penduduk Kampung Lanchang, Wan Abdullah Wan Adam, 47, berkata, dia bersiap sedia lebih awal selepas mendapati hujan tidak menunjukkan tanda-tanda reda, sejak Jumaat lalu.

"Saya sempat hantar anak bongsu dari enam beradik ke sekolah pagi ini, tapi beberapa jam kemudian, saya dapati jalan berkenaan mula dipenuhi air dan tidak selamat untuk dilalui oleh kenderaan ringan.

"Jika hujan berterusan, paras air akan meningkat dan mungkin banjir gelombang ke dua akan berlaku," katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai  Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Pegawai Bomba Kanan 1, Zaimi Samat menasihati penduduk berpindah ke PPS sekiranya air menunjukkan peningkatan terutama pesakit kronik, ibu mengandung dan kanak-kanak.

Zaimi berkata, jika keadaan memaksa mereka mengemudi perahu untuk menghantar anak-anak ke sekolah, pihaknya berharap ibu bapa menggunakan jaket keselamatan sepanjang berada dalam banjir.

"Seramai 28 anggota di Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang bersiap sedia menghadapi banjir dengan kemudahan logistik di sini," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment