'Nampak sangat Tun M nak jadi PM lagi'

Saturday, December 30, 2017

'Nampak sangat Tun M nak jadi PM lagi'

'Nampak sangat Tun M nak jadi PM lagi'

SELAYANG - Hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus berkuasa terserlah apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menuntut jawatan Perdana Menteri disandang pengerusi parti itu sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata Mahathir tidak boleh menafikan bahawa perjuangannya sebelum ini hanya kerana dendam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selain untuk terus kekal berkuasa.

Perhimpunan Agung PPBM yang julung kalinya diadakan itu juga kata Sohaimi, jelas tidak mengangkat perjuangan rakyat melainkan memenuhi agenda serta tuntutan individu tertentu untuk kembali berada di tampuk kuasa.

"Jelas tiada agenda rakyat. Sebelum ini bermacam-macam fitnah, tohmahan, tuduhan dilemparkan terhadap Perdana Menteri. (Datuk Seri) Najib dituduh dengan bermacam tuduhan.

"Akhirnya semua tahu tuduhan itu dibuat kerana ingin memburukan imej Perdana Menteri disebabkan Mahathir masih lagi mahu berkuasa. Selama lebih 22 tahun mentadbir negara, beliau belum puas dan seolah-olah mahu menjadikan Malaysia ini miliknya.

"Saya kira hasrat PPBM yang disuarakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu membuka mata rakyat, bahawa sebelum ini Mahathir gagal untuk menguasai Najib dibelakang menyebabkan beliau terpaksa menyerang Perdana Menteri.

"Apakah sudah tiada individu lain yang layak dalam PH untuk diangkat sebagai calon sehingga terpaksa mengguna calon kitar semula," katanya di sini.

Sohaimi sebelum itu bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Datuk Abdul Shukur Idrus menyampaikan sumbangan peralatan sekolah kepada murid-murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kundang bagi program 'Back 2 School' peringkat Selayang.

Program anjuran bersama Biro KDP, Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Canggih dan Umno Bahagian Selayang itu membabitkan 1,303  pelajar terpilih menerima sumbangan itu di Parlimen Selayang.

Sementara itu, Sohaimi berkata, apakah rakan komponen PPBM khususnya DAP dan PKR boleh menerima Mahahthir sebagai calon Perdana Menteri pakatan itu.

"Masa Tan Sri Muhammad Mohd Taib umum kembali pada Umno, pembangkang gelar beliau sebagai surat khabar lama. Kalau Mahathir diangkat sebagai calon Perdana Menteri, apakah beliau bukan surat khabar lama. Saya kira (Datuk Seri) Mohamed Azmin Ali ada jawapannya," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment