Pemuda Pas Pulau Pinang mahu Baitulmaqdis dibebaskan

Sunday, December 31, 2017

Pemuda Pas Pulau Pinang mahu Baitulmaqdis dibebaskan

Pemuda Pas Pulau Pinang mahu Baitulmaqdis dibebaskan

BAGAN - Pemuda Pas Pulau Pinang terus membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Penolong Setiausahanya, Ahmad Taufik Saiddun berkata, tindakan Trump adalah keterlaluan dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

“Kita di peringkat Pemuda Pas Pulau Pinang bahkan di peringkat pusat pada minggu pertama iaitu sehari selepas pengumuman oleh Trump, kita terus membuat bantahan di Kedutaan Amerika Syarikat.

“Ini membuktikan bahawa kita menentang keras pengumuman yang dibuat oleh Trump. Kita juga mengadakan demonstrasi pada hari yang sama di pekarangan Masjid Seberang Jaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyertai flashmob bebas Al-Quds di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Bagan Ajam, di sini, hari ini.

Flashmob itu merupakan anjuran bersama Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (Ilmam), Alternative Riding Club (ARC), Jabatan Amal dan Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Pas Pulau Pinang.

Menurutnya, penganjuran flashmob tersebut juga membuktikan bahawa parti Islam itu konsisten dengan perjuangan mahu membebaskan Palestin dan menyelamatkan Baitulmaqdis.

“Hari ini Pas terus membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat. Kita Istiqamah, Insya-ALLAH sehingga ALLAH benarkan kejayaan di bumi Palestin,” katanya.

Sebelum ini, Trump mencipta sejarah apabila mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara bagi Israel.

Beliau turut mengumumkan bahawa pelan memindahkan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment