Arwah mengadu tak sihat
KUANTAN - Adun Lepar, Allahyarham Datuk Mohd Shohaimi Jusoh, 55, mengadu tidak sihat selepas demam sejak Khamis lalu.
Anak kedua arwah, Mohd Irwan Affendi, 25, berkata, arwah bapanya kelihatan ceria malam, semalam walaupun sibuk dengan jadual tugas sebagai wakil rakyat.
Menurutnya, kira-kira jam 3.50 pagi tadi, dia dikejutkan ibunya, Datin Rohaizan Yatim, 52, bahawa bapanya tidak sedarkan diri di dalam bilik air di rumahnya di Taman Sungai Isap Damai di sini.
âSaya melihat ayah tidak memberi sebarang respons dan kelihatan tenat sebelum kami menghubungi ambulans.
âBantuan pernafasan dilakukan pasukan paramedik bagaimana pun, ayah disahkan meninggal kira-kira jam 4.15 pagi,âkatanya kepada media ketika ditemui selepas Majlis Pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Gambang, hari ini.
Mohd Irwan berkata, arwah bapanya seorang yang penyayang kepada mereka enam beradik walaupun kebanyakan masa dihabiskan untuk mendekati rakyat di Dun Lepar.
Katanya, arwah bapanya mengidap kencing manis dan bergantung pada ubat sejak beberapa tahun lalu.
âKami masih terkejut terutama ibu namun saya sekeluarga reda dengan ketentuan ilahi,â katanya.
Kira-kira 1,000 hadir pada majlis pengebumian Allahyarham termasuk barisan exco kerajaan negeri dan kepimpinan Umno Bahagian Paya Besar.
Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Sungai Isap dan Masjid Kampung Sri Fajar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gambang kira-kira jam 1 tengah hari.
Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mencemar duli menunaikan solat jenazah.
Turut mengiringi, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaacob.
Allahyarham Mohd Shohaimi mula menjadi wakil rakyat selepas memenangi kerusi Dewan Undang Negeri Pahang Kawasan Lepar di bawah Parlimen Paya Besar pada PRU 12 (2008) dan dipilih sekali lagi pada PRU 13, 2013.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment