Mangsa banjir Terengganu bertambah

Friday, December 1, 2017

Mangsa banjir Terengganu bertambah

Mangsa banjir Terengganu bertambah

KUALA TERENGGANU - Hujan lebat yang melanda negeri ini lewat petang semalam menyebabkan mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan kembali bertambah dengan lima daerah terjejas iaitu Marang, Besut, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Sehingga jam 6 petang tadi, seramai 279  mangsa dari 82 keluarga kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan berbanding hanya 49 mangsa kelmarin.

Berdasarkan laporan Aplikasi InfoBanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Marang merekodkan mangsa paling ramai iaitu 178 orang diikuti Kuala Terengganu (41), Dungun (25), Besut (21) dan Kuala Nerus seramai 14 orang.

Laporan sama turut menyebut air di dua sungai utama negeri kini mencapai paras bahaya iaitu Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu dan Sungai Nerus di Kampung Langkap manakala Sungai Setiu di Kampung Besut, Setiu pada tahap amaran.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia semalam mengeluarkan amaran hujan lebat yang berlaku di Terengganu dijangka berterusan sehingga esok.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment