Gergasi Merah belum terima tawaran

Sunday, December 3, 2017

Gergasi Merah belum terima tawaran

Gergasi Merah belum terima tawaran

"KALAU ada tawaran (Piala AFC 2018) kami akan bincang dengan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor."

Demikian kata Pengurus Selangor, Abdul Rauf Ahmad yang diajukan pertanyaan seandainya skuad Merah Kuning memenuhi kuota pasukan Malaysia bermain dalam kancah Piala AFC.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan juara Liga Super 2017, Johor Darul TaĆ¢€™zim (JDT) akan menjadi wakil tunggal negara beraksi dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2018.

Jika JDT gagal melayakkan diri ke saingan peringkat kumpulan, mereka akan secara automatik mendapat slot beraksi pada Piala AFC 2018.

Bagaimanapun, andai JDT berjaya melangkah masuk ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2018, slot Piala AFC 2018 berkenaan akan diberikan kepada pasukan Selangor yang kini diletakkan dalam senarai menunggu.

"Sehingga kini, pihak AFC tak berikan lagi slot dari Liga Malaysia. Jika ada (tawaran), kami akan berbincang lebih lanjut dengan pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi.

Semalam, akhbar ini melaporkan, FAM mengesahkan naib juara Liga Super 2017, Pahang secara rasmi tidak akan mewakili Malaysia pada saingan Piala AFC 2018.

Setiausaha Agungnya,  Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, ini kerana badan induk bola sepak negara itu, tidak menerima surat balasan atau sebarang maklum balas daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) untuk menyertai kejohanan berkenaan, sehingga tarikh yang ditetapkan, Khamis lalu.

Beliau berkata mengikut peraturan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), kekosongan slot ditinggalkan Pahang itu tidak boleh diisi oleh mana-mana pasukan lain.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment