Wanita Ketika Single Lebih Bahagia Dari Lelaki
Selalunya kalau putus cinta, lelaki lebih cepat move on berbanding wanita. Sebelum ini juga beberapa kajian ada menyebut bahawa lelaki single lebih mudah mencari kebahagiaan berbanding wanita single.
Namun kajian terbaru oleh firma penyelidikan perdagangan terkenal di dunia Mintel, mendedahkan 60 peratus responden wanita mengaku gembira dengan status single mereka, berbanding lelaki hampir 70 peratus mengaku rasa tertekan jika bersendirian.
Kajian tersebut dilakukan ke atas responden dari lima bandar utama di Britain, London, Manchester, Liverpool, Edinburgh dan Birmingham.
Kajian juga mendapati, sebanyak 75 peratus responden wanita single belum lagi berusaha untuk mencari pasangan hidup. Namun hanya 60 peratus lelaki yang berfikiran sama.
Bagi wanita, perhubungan sama seperti sedang bekerja keras. Wanita berfikir, hubungan memerlukan banyak usaha dan tenaga. Disebabkan mereka memilih untuk berseorang kerana kehidupan single berikan masa rehat yang banyak menikmati hidup dengan lebih baik.
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment