[VIDEO] Dr. Mahathir terima hukum karma

Saturday, April 7, 2018

[VIDEO] Dr. Mahathir terima hukum karma


Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, jika dahulu bekas Perdana Menteri itu mengharamkan UMNO, hari ini partinya sendiri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah diharamkan.


Malah beliau berkata, Dr. Mahathir kini terpaksa berada di bawah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, individu yang dibuangnya sebelum ini.


“Benda yang dia buat dulu sekarang telah kembali itulah karma. Dia tidak sangka benda ini boleh timpa dia balik, dia usaha untuk haramkan UMNO sekarang parti dia sendiri diharamkan.


“Macam-macam syarat dikenakan, undi bonuslah, sampai orang muda tidak ada dalam UMNO hari ini. Sekarang perlembagaan telah ditukar, UMNO kembali menjadi demokratik, memberi peluang kepada semua untuk bertanding.


“Dr. Mahathir mahu kekalkan kuasa, bukan demokratik tetapi kuku besi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Ku Li di Sekolah Menengah Kebangsaan Machang di sini hari ini.


Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment