Tun M, Anwar halang pentadbiran Islam - Hadi

SEREMBAN: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didakwa sebagai dua individu penting yang menghalang pentadbiran Islam dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu di bawah pentadbiran PAS meluluskan undang-undang jenayah syariah yang bersifat mendidik masyarakat, masing-masing pada awal serta penghujung 1990-an.
Beliau berkata, bagaimanapun mereka tidak dapat melaksanakannya kerana ditentang oleh Dr Mahathir dan Anwar yang ketika itu adalah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Tiba-tiba bila dah lulus, Dr Mahathir hantar surat kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat memberi amaran supaya jangan laksanakan... kalau laksanakan undang-undang itu, Kerajaan Pusat akan bertindak.
"Oleh kerana kita mahu memelihara hubungan, kita bawa undang-undang itu ke Parlimen. Saya sendiri membawa usul dan membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian, namun kita disekat dan dihalang," katanya pada sidang media selepas ceramah perdana jelajah Presiden PAS dan munajat PRU-14 di sini, malam tadi.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mustaffa Daharun.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment