Tumbuk skrin ATM kerana sistem tergendala

Sunday, April 1, 2018

Tumbuk skrin ATM kerana sistem tergendala

Tumbuk skrin ATM kerana sistem tergendala

GEORGETOWN - Gara-gara geram dengan sistem bank tergendala, seorang lelaki menumbuk skrin mesin juruwang automatik (ATM) ketika hendak memeriksa baki wangnya di sebuah bank di sini tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.35 tengah hari itu, skrin salah sebuah ATM di bank yang terletak di Air Itam itu pecah.

Menurutnya, hasil siasatan di tempat kejadian, ia dipercayai ditumbuk menggunakan tangan berikutan terdapat kesan tompokan darah di lantai berdekatan mesin ATM tersebut.

“Kita dimaklumkan oleh seorang lelaki bahawa ada kesan darah di mesin ATM dan hasil siasatan, ada kesan pecah di salah satu mesin di situ.

“Terdapat CCTV di tempat kejadian namun tiada saksi bebas ketika kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Anuar berkata, hasil maklumat awam, polis berjaya menahan seorang lelaki ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang kerana cedera di tangan.

“Lelaki berusia 36 tahun itu mengaku menumbuk skrin mesin ATM di bank tersebut kerana berang dengan sistem yang didakwa lambat ketika dia mahu menyemak baki akaun.

“Akibat perbuatan itu, lelaki itu mengalami luka di tangannya. Semakan mendapati, lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah melibatkan dadah namun ujian saringan dadahnya negatif,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment