SK Balar tebus kecewa
GUA MUSANG - Sekolah Kebangsaan (SK) Balar menebus kekecewaan tahun lalu apabila muncul juara pertandingan nasyid Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon 4, Gua Musang.
Kumpulan yang digelar As-Shahbul Kahfi itu menewaskan lapan sekolah lain dalam pertandingan melibatkan sekolah-sekolah pelajar Orang Asli, di sini.
Pengurus kumpulan, Muhammad Syibli Che Ariffin berkata, kejayaan itu amat bermakna buat sekolahnya kerana pada tahun lalu, mereka hanya mendapat tempat ketiga.
Menurutnya, kemenangan tersebut bukti kesungguhan murid mengikuti latihan secara berkala dan semangat yang tinggi untuk mencipta kejayaan.
âSelepas waktu persekolahan, mereka akan berlatih dengan tenaga pengajar dan usaha mereka berhasil.
âWalaupun kita berdepan dengan pelbagai kekangan kerana jauh di pedalaman, ia bukanlah halangan untuk menjadi yang terbaik,â katanya.
Pada pertandingan itu, tuan rumah, SK Pos Brooke memenangi tempat kedua manakala SK Kuala Betis ketiga.
Tambah Muhammad Syibli, kekuatan kumpulannya terletak pada seorang murid, Eyan Hamid, 12, yang mana anak Orang Asli dari Kampung Balar itu mampu mengalunkan qasidah dengan sempurna.
âEyan boleh qasidah dengan lahjah Arab. Walaupun dia Orang Asli, namun bunyinya tidak seperti Melayu ataupun Asli,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment