Sistem Pencegahan Pencerobohan Berasas Pusat Data diiktiraf

Friday, April 6, 2018

Sistem Pencegahan Pencerobohan Berasas Pusat Data diiktiraf

Sistem Pencegahan Pencerobohan Berasas Pusat Data diiktiraf

UJIAN Sistem Pencegahan Pencerobohan Pusat Data tahunan NSS Labs melayakkan Fortinet FortiGate IPS 3000D dan FortiGate IPS 7060E mendapat penarafan yang disyorkan NSS Labs.

Keputusan ujian tersebut juga mendapati peneraju global dalam penyelesaian keselamatan siber bersepadu dan automatik Fortinet, cemerlang dari segi prestasi, jumlah kos pemilikan dan keberkesanan keselamatan.

Naib Presiden Kanan Produk dan Penyelesaian Fortinet, John Maddison berkata, penyelesaian FortiGate Fortinet direka untuk penghantaran tinggi dan keberkesanan keselamatan granular yang diperlukan pusat data pada masa kini.

“FortiGate memanfaatkan keselamatan dan pemproses rangkaian yang dipatenkan untuk memberikan keselamatan berprestasi tinggi yang digabungkan dengan latensi lalu lintas aplikasi satu angka untuk melindungi lalu lintas IPv4 dan IPv6.

“Sama ada menyampaikan melalui IPS hampir 30 Gbps pada FortiGate IPS 3000D, atau lebih 130 Gbps pada 7060E, peralatan FortiGate IPS dapat memenuhi tuntutan prestasi rangkaian kritikal tanpa menjejaskan permintaan untuk keselamatan pusat data komprehensif,” katanya.

Pada masa sama, Pusat Data IPS memainkan peranan  penting dalam melindungi aplikasi, menjadikannya penting untuk sebarang pengujian produk keselamatan lulus dari segi keberkesanan keselamatan dan prestasi.

Laporan Ujian Kumpulan IPS DC yang terkini dari NSS Labs menunjukkan bahawa tidak semua vendor mendapat prestasi yang sama pada parameter ini.

“Fortinet dengan sukacitanya menerima penarafan disyorkan yang diperoleh, menambah ke atas saranan sebelum ini bagi Next Generation Firewall and Data Center Security Gateway.

“Penyelesaian Fortinet telah menunjukkan keberkesanan keselamatan yang unggul, ciri-ciri canggih dan prestasi terbaik apabila diuji secara konsisten,” katanya.

Komitmen Fortinet dalam pengujian dan pengesahan telah menghasilkan sembilan penyelesaian Fortinet yang mendapat penarafan NSS Recommended dalam lapan ujian kumpulan yang berlainan.

Antaranya, Data Center Intrusion Prevention Systems: FortiGate 7060E and FortiGate 3000, Data Center Security Gateway: FortiGate 7060E and FortiGate 3000 dan Breach Prevention Systems: FortiSandbox Cloud, FortiGate 600D, FortiMail Virtual Appliance, and FortiClient.

Dalam perkembangan berasingan, John Maddison membeirtahu,industri pusat data Malaysia, yang bakal mencapai pertumbuhan lebih tinggi, dijangka menyumbang sebanyak RM2 bilion kepada pendapatan negara kasar Malaysia menjelang 2020.

Model perniagaan digital pada hari ini bergantung pada pengumpulan, pemprosesan, dan pengedaran data.

“Permintaan untuk maklumat masa nyata yang semakin meningkat, didorong oleh pertumbuhan aplikasi IoT, pengguna dan aplikasi berasaskan pengguna, dan Big Data, memberi impak kepada pusat data.

“Untuk bersaing dengan berkesan, organisasi mula menggunakan arkitek pusat data prestasi tinggi serta kebolehan awan,” katanya.

Tambahnya, persekitaran yang dinamik dan semakin hibrid ini memerlukan penyelesaian keselamatan yang bukan sahaja dapat menampung peningkatan jumlah lalu lintas, tetapi juga menjamin lalu lintas campuran, serta menjejak dan mengurus cabaran pusat data yang unik seperti trafik tidak simetris.

Pada masa yang sama, serangan siber semakin berkesan dalam menghindari pengesanan, ia sekali gus pusat data  memerlukan keupayaan sistem pencegahan pencerobohan maju (IPS) yang dapat mengenal pasti dan menghentikan ancaman canggih pada kelajuan talian.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment