'Henti serang, fitnah saya'
KUALA LUMPUR - Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar meluahkan rasa syukur selepas keputusan laporan Perubatan Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke atas ujian air kencingnya mendapati negatif sekali gus beliau bebas daripada sebarang pengambilan dadah.
Beliau melalui satu kenyataan hari ini berkata, ekoran itu tiada tindakan lanjut daripada pihak polis dan siasatan kes dianggap selesai.
"Alhamdulillah... saya bersyukur ke hadrat ALLAH dan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang tempoh siasatan ini berlangsung.
"Justeru itu, saya mohon semua pihak untuk menghentikan penyebaran berbentuk serangan dan fitnah berterusan terhadap saya melalui media sosial," katanya.
Pada masa sama, Rizalman berharap melalui keputusan itu juga ia dapat membersihkan namanya, keluarga dan institusi Umno/BN.
"Tumpuan saya sekarang adalah untuk meneruskan politik khidmat bakti dan membantu BN di Bandar Tun Razak menghadapi PRU14.
"Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang memberi sokongan moral kepada saya selama tempoh siasatan," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment