Sasar status perbandaran
TAMPIN - Perancangan demi perancangan dibentuk oleh agensi di peringkat daerah bagi memastikan Tampin mampu mencapai sasaran berstatus majlis perbandaran menjelang 2023.
Pembangunan di Tampin adalah hasil gabungan dan cetusan idea daripada jawatankuasa membabitkan kepimpinan daerah, pejabat daerah, pejabat tanah, majlis daerah, ahli majlis serta agensi berkaitan dengan kerjasama kepimpinan setempat.
Tampin yang mempunyai satu kerusi Parlimen dan tiga Dun iaitu Dun Repah, Gemencheh dan Gemas tidak pernah âsunyiâ menerima pelbagai limpahan pembangunan dan peruntukan, sama ada daripada kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat.
Bersempadan dengan Melaka dan Johor, Tampin boleh dianggap menjadi âpintu masukâ utama buat penduduk dari selatan tanah air serta menjadi laluan alternatif penduduk dari pantai timur ke negeri di sebelah barat serta selatan.
Atas dasar itu, infrastruktur asas seperti kemudahan jalan utama dan masjid menjadi antara kemudahan yang sentiasa dipastikan dalam keadaan baik oleh pihak berkenaan.
Parlimen ini diterajui oleh Ketua Umno Bahagian Tampin, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor yang telah menggerakkan pelbagai bentuk kemajuan dan pembangunan di Parlimen berkenaan sejak diamanahkan oleh pengundi sebagai Ahli Parlimen Tampin pada PRU 10 iaitu pada 1999 hinggalah PRU3.
Bagaimanapun, Parlimen ini masih lagi âbertempurâ bagi merebut kembali kerusi Dun Repah yang telah dimenangi pembangkang sejak PRU12 melalui calon DAP, S Veerapan.
Nyatanya, pada PRU14 kali ini, kerusi Parlimen Tampin bakal mengulangi sejarah pertembungan tiga penjuru seperti pada PRU9 di mana pada PRU kali ini, calon BN yang dipercayai bakal diterajui calon lama iaitu calon Pakatan Harapan (Dr Hasan Baharom) dan calon Pas (Mejar (B) Abd Halim Abu Bakar) akan bertanding merebut kepercayaan 56,904 pengundi di Parlimen berkenaan.
Apa pun pertembungannya, yang pasti kemudahan seperti Dewan Perdana Tampin dan Kompleks Arena Daerah Tampin kini sudah gah berdiri dalam tempoh bagi penggal PRU13 dan dimanfaatkan oleh penduduk setempat.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment