Polis berkas suspek lima tahun sembunyi diri

Friday, April 6, 2018

Polis berkas suspek lima tahun sembunyi diri

Polis berkas suspek lima tahun sembunyi diri

SERI ISKANDAR - Seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes penipuan melibatkan kerugian RM224,500 ditahan reman selama empat hari, bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek yang dikenali sebagai Norsalawati Mohd Ali berusia 43 tahun berjaya ditahan di Seremban kelmarin.

Menurutnya, wanita itu dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Gajah untuk direman dan dijangka akan dituduh Isnin depan di Mahkamah Majistret Parit.

“Pihak polis telah berjaya memberkas suspek di Seremban setelah lima tahun cuba mencari dan suspek akan dituduh pada Isnin depan,” katanya.

Dalam kejadian 10 November 2013 yang lalu, suspek dikatakan telah menawarkan pelaburan koperasi yang tidak pernah wujud kepada seorang wanita berusia 56 tahun yang juga pesara kerajaan bagi pembelian peralatan dan mesin untuk keperluan pelajar di sebuah institusi pendidikan di Sungai Petani, Kedah.

Akibat daripada perkara itu, mangsa telah mengalami kerugian RM224,500.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment