Pasangan warga emas naik kapcai demi cermin mata
âMEMANG dah niat nak beli cermin mata tapi bila dapat tahu ada cermin mata percuma, dari Chenderah, Jasin mak cik sanggup bermotosikal ke Sungai Udang,â katanya warga emas, Salmah Akop, 62.
Salmah dan suaminya, Samad Ahmad, 60, antara 1,000 penerima cermin mata percuma bagi pengundi Dun Sungai Udang yang diselaraskan Puteri Umno Bahagian Tangga Batu di Dewan Kompleks Japerun Sungai Udang di sini.
Menurut Salmah, sebelum ini dia menggunakan cermin mata bagi penglihatan rabun jauh, namun selepas menjalani pembedahan mata, doktor menyarannya untuk menggunakan cermin mata rabun dekat bagi memaksimumkan penglihatan.
Ujarnya, walaupun tidak lagi bekerja namun belum ada kesempatan untuk ke kedai cermin mata memandangkan suaminya masih bekerja dan perlu berulang-alik dari rumah mereka ke Sungai Udang yang dianggarkan perjalanan sehala lebih 46km setiap hari.
âMak cik pun dulu pernah bekerja di Sungai Udang, tapi bila dah tua dan tak lagi bekerja kami menetap di Chenderah, Jasin dan memang tak tukar alamat pengundi kerana suka mengundi di sini.
âBila dapat tahu mereka nak bagi cermin mata percuma, mak cik dan suami sanggup datang ke sini walaupun jauh dan penat, nak lagi mak cik hanya bonceng motosikal Honda EX5, tapi syukur ia berbaloi buat kami berdua,â katanya.
Sementara itu, Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, walaupun pemberian cermin mata itu kecil namun ia mampu memberi impak besar kepada penerima dalam membantu mereka melihat lebih jelas terutama warga emas untuk mengaji al-Quran.
Idris berkata, Melaka menerima 40,000 cermin mata percuma yang setakat ini dalam proses pengagihan secara berperingkat dengan dibantu oleh ahli-ahli Puteri Umno mengikut bahagian masing-masing.
âIdea ini datang daripada Datuk Seri Najib Razak (Presiden Umno) yang ketika itu melihat seorang warga emas terpaksa mengaji yang jarak matanya begitu dekat dengan al-Quran.
âSaya percaya walaupun mungkin ada yang mengatakan hanya cermin mata sahaja, namun pemberian ini besar di hati penerima kerana memudahkan penglihatan mereka selain tak perlu mereka berbelanja membeli cermin mata,â katanya.
Hadir sama, Ketua Puteri Umno Melaka, Azlieza Azizan dan Ketua Pemuda Umno negeri, Datuk Zali Mat Yassin.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment