Pas sedia beri saingan sengit
SUNGAI DUA - Pas yakin mampu melakar kejutan di kerusi yang ditandinginya di Permatang Berangan.
Kejutan bukan sekadar retorik semata-mata, namun ia diungkap berdasarkan maklum balas yang diterima masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan terutamanya anak muda.
Penyandang calon Pas Permatang Berangan, Mohd Sobri Salleh berkata pihaknya yakin mampu memberikan saingan sengit kepada BN dan Harapan dalam PRU14.
âInsya-ALLAH, dengan gerak kerja dari segi jentera dan sokongan serta dorongan akar umbi sendiri, kita yakin mampu berikan saingan sengit kepada semua pihak yang bertanding di Dun ini.
âDan ini juga bertitik tolak daripada salah satu faktor iaitu kebangkitan anak muda sekarang ini yang mana kita lihat 'Tsunami Hijau' ini nampak ketara, dan mana-mana tempat yang saya pergi ramai yang menyokong adalah anak muda,â katanya.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas ditemui dalam ceramah umum Pas âKe Arah Malaysia Sejahteraâ anjuran Jentera Pilihanraya Unit Peti Undi(UPU) Lahar Yooi kelmarin.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment