Padah 'hilang' tali pinggang

Sunday, April 8, 2018

Padah 'hilang' tali pinggang

Padah 'hilang' tali pinggang

GOLD COAST: Gara-gara tertinggal tali pinggang, atlet baling tukul besi negara Jackie Wong gagal mempamerkan aksi terbaiknya di pentas Sukan Komanwel 2018 untuk berada di tangga ke-14 dengan balingan sejauh 64.35m.

Gagal menemui tali pinggangnya sebelum melakukan balingan, dia terpaksa beraksi dalam keadaan 'tidak sempurna' sehinggalah seorang sukarelawan menjumpai tali pinggang itu dan menyerahkannya sebelum balingan kedua.

"Saya terus baling tanpa memakai tali pinggang dan pada balinganĂ‚ kedua barulah ia dihantar, saya rasa tidak begitu yakin," katanya.

"Terlalu banyak kesilapan yang saya lakukan bermula pada balingan awal, saya tidak berpuas hati dengan pencapaian hari ini.

"Biarpun persediaan sudah terlalu baik tetapi saya kecewa, mungkin kerana keinginan terlalu tinggi untuk mencapainya."

Pencapaian itu Ă‚ ketinggalan berbanding rekod terbaiknya di Sukan SEA apabila melakar rekod kebangsaan diciptanya sendiri, 65.9m.

"Banyak yang perlu saya perbaiki, bukan saja teknik tetapi juga persiapan untuk menghadapi pertandingan," katanya.

"Ini Sukan Komanwel kedua saya dan ia jauh lebih baik berbanding di Scotland, namun saya tidak berpuas hati dengan apa yang saya capai hari ini."



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment