MPAG tawar potongan kompaun 80 peratus
BANDARAYA MELAKA - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) kini menawarkan pengurangan kompaun sehingga 80 peratus kepada mereka yang mempunyai tunggakan kompaun untuk pelbagai kesalahan di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
Yang Dipertuanya, Ismail Hasim berkata, tawaran di bawah Kempen Tawaran Bayaran Kompaun Tertunggak itu telah bermula pada 1 April lalu dan akan tamat pada akhir bulan ini.
Menurutnya, MPAG menawarkan pengurangan sehingga 80 peratus untuk semua jenis kesalahan di bawah Akta 171, Akta 133 dan Undang-undang Kecil yang diguna pakai MPAG.
Menurutnya, tujuan kempen ini diadakan adalah untuk menggalakkan serta memberi peluang kepada orang ramai menjelaskan tunggakan kompaun mereka sebelum tindakan tegas diambil terhadap mereka.
âKempen ini hanya dibuka kepada mereka dengan kompaun tertunggak, bukannya kompaun semasa.
âSehubungan itu, mereka yang mempunyai kompaun tertunggak diharap mengambil peluang ini untuk menjelaskan bayaran,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment