'Saya mahu terus bantu BN'

Sunday, April 8, 2018

'Saya mahu terus bantu BN'

'Saya mahu terus bantu BN'

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar, yang terpalit dengan isu dadah baru-baru ini, akan menumpukan usaha membantu Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di kawasan itu.

Beliau turut meminta semua pihak berhenti menyebarkan fitnah dan menyerangnya di media sosial berhubung isu berkenaan.

"Tumpuan saya sekarang ialah untuk meneruskan politik khidmat bakti dan membantu BN di Bandar Tun Razak menghadapi PRU-14.

"Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah keputusan laporan perubatan patologi HKL (Hospital Kuala Lumpur) ke atas ujian kencing saya negatif daripada kesan dadah.

"Saya berharap nama saya, keluarga dan UMNO serta BN dapat dibersihkan melalui kenyataan ini," katanya.

Rizalman turut mengesahkan tiada tindakan lanjut daripada pihak polis dan siasatan kes sudah selesai.

Kelmarin, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, mengesahkan hasil ujian saringan air kencing terhadap Rizalman adalah negatif.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment