Lebih 15,000 orang gamatkan konsert GegaRia Fest

Saturday, April 7, 2018

Lebih 15,000 orang gamatkan konsert GegaRia Fest



SEPERTI dijangka, konsert GegaRia Fest yang berlangsung di Dataran Centrio 2, di Seremban malam tadi, gamat dengan kehadiran 15,000 ribu penonton.

Menjadi lokasi keenam festival itu, kehangatan cukup terasa apabila penonton begitu ‘sporting’ dan memberi jeritan serta tepukan gemuruh pada setiap penghibur.

Paling menggamatkan suasana tentu sekali penyanyi kelahiran Rembau, Negeri Sembilan itu nyata sangat dinantikan peminat yang tidak henti menyanyi bersamanya.

“Sebenarnya saya pun tidak jangka sambutannya akan luar biasa sebegitu. Seremban 2 pernah menjadi tempat yang ‘agak mati’ dan tidak pernah meriah begini.

“Saya sangat berbesar hati dapat membuat persembahan di tempat sendiri dan melihat sokongan rakyat sendiri. GegaRia ternyata satu acara yang cukup berjaya,” katanya.

Selain Waris, turut membuat persembahan adalah Kugiran Masdo, Noh Salleh, dan Bunkface, manakala hosnya adalah penyampai Hot FM iaitu El serta Haziq.

Turut menggamatkan pentas pada sebelah petang adalah penyanyi Izzue Islam, Gerhana Ska Cinta, Orkes A Hizadin, serta pelakon Mak Cun iaitu Erma Fatima, Aiman Tino, dan Fazlina Ahmad Daud.

Di gerai Lifestyle pula, beberapa selebriti turut hadir untuk sesi ramah mesra termasuklah Awal Ashaari, Scha Al Yahya, Azira Shafinaz, Reen Rahim, Eyka Farhana, Elfira Loy, dan Shalma Aina.

Secara keseluruhan, GegaRia Fest kali ini menerima kunjungan mencecah 30,000 sejak dilangsungkan dari pagi.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment