KPS lantik Pengarah Bebas Bukan Eksekutif baharu
KUMPULAN Perangsang Selangor Bhd (KPS) melantik Rita Benoy Bushon dan Norliza Kamaruddin sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya, berkuatkuasa 6 April baru-baru ini.
KPS dalam satu kenyataan berkata, Rita memiliki latar belakang dalam pasaran modal, pernah berkhidmat dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja selama 23 tahun dan menyandang pelbagai jawatan kanan seperti Ketua Penyelidikan Ekuiti, Ketua Pengurusan Portfolio Luar dan Ketua Ekuiti Swasta.
Sementara itu, Norliza memiliki pengalaman lebih 25 tahun dalam pelbagai sektor termasuk tenaga, kewangan, perbankan dan penerbangan.
Beliau berkhidmat sebagai Ketua Komunikasi Strategik Global di Petronas dan Ketua Hal Ehwal Korporat di Standard Chartered Malaysia.
Pengerusi KPS, Raja Datuk Idris Raja Kamarudin berkata pelantikan kedua-dua wanita itu merupakan sebahagian daripada komitmen kumpulan untuk menerapkan kepelbagaian jantina serta melebarkan lagi pengalaman syarikat berdasarkan kepada merit individu
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment