Ketua pembangkang Britain kutuk pembunuhan penduduk Palestin

Saturday, April 7, 2018

Ketua pembangkang Britain kutuk pembunuhan penduduk Palestin

Ketua pembangkang Britain kutuk pembunuhan penduduk Palestin

LONDON - ENGLAND. Ketua pembangkang Britain, Jeremy Corbyn mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel menembak mati penduduk Palestin.

Sehingga semalam, sekurang-kurangnya 30 penduduk Palestin maut di tangan rejim Zionis sejak tunjuk perasaan besar-besaran di sepanjang sempadan Gaza.

Lebih 1,000 orang pula mengalami pelbagai kecederaan dan 79 daripadanya dalam dalam keadaan kritikal.

"Sikap membisu kuasa dunia yang bertanggungjawab mendamaikan Israel dan Palestin perlu dihentikan.

"Dan pembunuhan terbaru warga Palestin yang tidak bersenjata, tidak boleh diterima," katanya semasa menyertai perhimpunan di Downing Street semalam.

Tambah Corbyn, tindakan tentera Israel menggunakan peluru hidup bagi menyuraikan tunjuk perasaan juga menyalahi undang-undang antarabangsa dan tidak berperikemanusiaan.

Pada masa sama, Corbyn menegaskan penduduk Palestin berhak untuk mengadakan protes selepas ditindas selama bertahun-tahun di tanah air sendiri.

Beliau turut menggesa Perdana Menteri, Theresa May supaya menyokong draf resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) yang mahu satu jawatankuasa bebas dibentuk bagi menyiasat kematian penduduk Gaza.

Difahamkan, draf Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menggesa siasatan dilakukan ke atas pertempuran di sempadan Gaza-Israel menerima bantahan Amerika Syarikat (AS) buat dua minggu berturut-turut. - Press TV



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment