Nampaknya penyanyi muda Ismail Izzani tidak dapat lari daripada dakwaan curang dengan seorang wanita di laman Twitter. Baru-baru ini, pengguna Twitter dengan nama @sharifahrose telah menyatakan bahawa Ismail telah curang kepadanya sehingga enam kali.

BACA: Ismail Izzani Dedah Punca Tak Mahu Duduki SPM



Perkara tersebut ternyata membuatkan Ismail dikecam kerana sanggup mencurangi wanita yang ramai menyifatkan bahawa seorang yang jelita.

Bagimanapun bagi pengikut setia Ismail, ada yang tidak mempercayai perkara tersebut selain ada yang menyifatkan bahawa apa yang terjadi adalah tidak benar.



Apa yang pasti, gosip cinta sebegini sebenarnya adalah satu perkara yang boleh menaikkan nama atau pun menjadi punca kejatuhan seseorang selebriti. Bak kata Rosyam Nor, jika sudah ada dalam industri seni, jadilah sebagai penghibur, bukan hiburan. (rtky/s)