Gol Griezmann beri Atletico kelebihan

Thursday, April 26, 2018

Gol Griezmann beri Atletico kelebihan

Gol Griezmann beri Atletico kelebihan

LONDON: Jaringan penyamaan lewat permainan oleh Antoine Griezmann memberikan Atletico Madrid, yang bermain 10 orang hampir sepanjang 90 minit, kelebihan gol di tempat lawan ke atas Arsenal.

Pada pertemuan separuh akhir pertama Liga Europa di Stadium Emirates sebentar tadi, Atletico bangkit mengikat Arsenal 1-1.

Arsenal mendapat kelebihan selepas minit ke-10 apabila pertahanan Atletico Sime Vrsaljko dibuang padang kerana memijak kaki Alexandre Lacazette, dan pengendali Atletico Diego Simeone diarah ke tempat duduk penonton kerana reaksinya susulan keputusan itu.

Arsenal terlepas deretan peluang terbuka sebelum Lacazette memecah kebuntuan pada minit ke-61 dengan menanduk masuk hantaran Jack Wilshere.

Atletico kembali mengimbangi kedudukan pada minit ke-82 selepas Griezmann menewaskan pertahan Arsenal Laurent Koscielny dan penjaga gol David Ospina.

Kedua-dua pasukan akan bertemu semula di Madrid pada aksi timbal balik minggu depan dengan Atletico, yang kini di tangga kedua La Liga, akan kembali diperkuat penyerang berbisa Diego Costa. - REUTERS

 



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment