Dua sindiket dadah tumpas
JOHOR BAHRU - Dua sindiket pengedaran dadah yang disyaki menjalankan operasi berskala besar di negeri dan Singapura digempur PDRM menerusi beberapa serbuan pada 4 dan 6 April lalu.
Serbuan menerusi dua gerak tindak (strike force) di beberapa daerah di negeri ini turut membawa kepada rampasan beberapa jenis dadah berbahaya seperti heroin, ketamin, syabu dan ectasy yang keseluruhannya bernilai hampir RM600,0000.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, kejayaan itu turut membawa kepada tangkapan 17 individu termasuk dua wanita warga Vietnam dan Thailand.
âMereka yang ditahan pada strike force yang pertama merangkumi lapan serbuan di sekitar Johor Bahru Selatan, Johor Bahru Utara dan Iskandar Puteri adalah tujuh lelaki tempatan, seorang wanita tempatan dan seorang wanita warganegara Vietnam berusia dalam lingkungan 22 hingga 50 tahun.
âManakala strike force kedua, iaitu merangkumi tiga serbuan sekitar Tangkak pula kami menahan lima lelaki tempatan, seorang wanita tempatan dan seorang wanita warganegara Thailand berusia dalam lingkungan 31 hingga 47 tahun.
âKami masih lagi menjalankan siasatan untuk mencari adakah terdapatnya hubungan antara dua sindiket yang berjaya dikenal pasti ini,â katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.
Mohd Khalil Kadet berkata, polis turut bertindak merampas 10 kenderaan, wang tunai dan barang kemas dalam semua serbuan itu yang dianggarkan bernilai RM345,000.
âSerbuan pertama di tiga daerah itu kita telah menemui dadah jenis heroin dan syabu yang bernilai RM160,00 serta menyita enam buah kenderaan bernilai RM465,000.
âYang kedua pula, di Tangkak itu polis telah merampas dadah jenis heroin, ketamin, syabu dan pil ekstasi dengan nilai RM425,000 termasuk sepucuk pistol semi automatik lengkap dengan 28 butir peluru hidup,â katanya.
Katanya, kesemua ditahan direman tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Mohd Khalil Kader berkata, pihaknya juga menafikan masih terdapat saki baki ahli sindiket berkenaan yang masih bebas namun kegiatan memeranginya akan terus dilakukan dari masa ke semasa.
Katanya, operasi itu berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil daripada kerjasama Central Narcotics Bureau (CNB) Singapura, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting).
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment