Dua rakan berdepan hukuman gantung

Thursday, April 26, 2018

Dua rakan berdepan hukuman gantung

Dua rakan berdepan hukuman gantung

IPOH- Dua rakan bakal berhadapan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang suri rumah minggu lalu.

Tertuduh, Chong Ah Keong, 24, merupakan adik ipar mangsa dan rakannya berusia 17 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Hafizah Mohammad Pauzi namun, tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mencapai niat bersama melakukan bunuh terhadap T Iswari, 34, antara jam 1.55 petang hingga 2.05 petang pada 16 April lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, K Nahtan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 26 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes.  

Akhbar sebelum ini melaporkan, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun antara dua yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes samun dan bunuh  seorang wanita di Taman Permai di sini.

Polis turut menemui semula barang yang dilaporkan hilang antaranya barangan kemas berupa rantai dan cincin, telefon bimbit serta beg.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment