Dua ditahan seludup ketum

Sunday, April 8, 2018

Dua ditahan seludup ketum

Dua ditahan seludup ketum

KOTA BHARU - Dua lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai menyeludup 220 kilogram daun ketum yang dimuatkan dalam sebuah kereta di Jeli.

Suspek berusia 20 hingga 30-an ditahan dalam operasi oleh Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kelantan, 4 April lalu.

Komander Aksem Kelantan, Rusli Karim berkata, ketum bernilai RM6,600 itu dipercayai untuk dipasarkan di sekitar daerah.

“Serbuan turut menjumpai wang tunai berjumlah RM3,006 dipercayai hasil penjualan daun ketum di sekitar Jeli.

“Turut dirampas sebuah kereta Proton Saga Aeroback bernilai RM4,000 yang digunakan untuk membawa muatan daun ketum terbabit,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment