Desain hiudp usahawan

Sunday, April 8, 2018

Desain hiudp usahawan

Desain hiudp usahawan

KEHIDUPAN adalah perjuangan berterusan. Sentiasa cuba lakukan yang lebih baik. Tambah baik diri dengan belajar untuk rendah hati.

Apabila orang lain buat kesilapan, jangan pandang rendah mereka. Bantu mereka dengan kebijaksanaan yang kita ada.

Usah pandang lekeh pada sesiapa. Usah remehkan perkara utama dalam kehidupan

Jalur bharu di belantara berpuaka

Hidup tak akan selesai. Ia tiada penyudah sempurna sebagai idaman idealisma kita.

Apa yang perlu dikejar dalam hidup ini. Antara kasih sayang, kesuksesan, kekayaan. Pilih kasih sayang. Ia adalah unsur tertua yang akan undang saudara mudanya kesuksesan dan kekayaan datang bertandang sama dalam laman kehidupan kita.

Antara ketenangan dan wang, pilih ketenangan. Orang tenang akan menang. Orang tenang akan senang. Orang tenang kaya jiwa. Ia kekayaan paling bermakna. Lepas itu kaya masa dan seterusnya kaya harta.

Hidup dalam jejaring kata-kata. 83 peratus masa kita bercakap untuk diri sendiri. Intra personal. 17 peratus kita bercakap dengan orang lain. Inter personal. Biar terobos jiwa manusia mendengar.

Dunia ini panggong sandiwara. Terima itu dulu. Bangkit dan bicara dari hati supaya meninggalkan kesan membekas dalam hati orang lain jua. Sentiasa besederhana.

Sentiasa letak pagar dalam laman berkata-kata. Tanya soalan ini - kebijaksanaan apakah yang bakal kita wariskan pada dunia. Bijak itu apabila kita tahu setiap sesuatu ada edah masa dan saat kita berbaki sedikit masa cuma.

Kedua, apabila kita tiada esok, apa yang bakal kita tinggalkan sebagai peninggalan. Hanya tiga kekal melimpah ruah datang bertambah - sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak soleh dan solehah yang mendoakan.

Cipta laman permainan kita. Jadi pakar dalam bidang pilihan. Tampil bina diri. Padukan imiginasi dan rekayasa (engineering). Buka jalur baru di belantara berpuaka kehidupan supaya semua orang dapat ikut tumpang lalu di kemudian hari.

Bina keluarga. Jadi ayah-ibu yang membanggakan anak- anak dan anak- anak bangga dengan kita. Sanjungan budi dari permata cahaya hati itu lebih bermakna beribu kali dari populariti jutaan manusia di luar sana.

Hubungan titik detik pengalaman

Hidup adalah tentang menghubungkan titik-titik. Membina garisan yang membentuk lakaran abstrak yang kita mudah faham pada kemudian harinya. Titik berlaku dalam detik. Raikan momen.

Catat apa yang kita buat. Buat apa yang kita catat. Buat dan buat. Buat sehingga dapat. Trial and adjust.

Banyak rancangan agung berjalan dalam tempoh 1,000 hari. Belum capai, buat 1,000 hari lagi. Buat lagi. Ia akan bentuk pola kehidupan.

Imbas semula. Kilas balik. Gunakan sudut pandang. Ini yang dinamakan insight. Bina cita-cita setinggi langit. Terbang tinggi.

Pada setiap kali awam mendung, gelap pekat, terbang lebih tinggi. Pastikan sayap kuat supaya terbang lebih tinggi dari awam dan lihat titik hujan dari aras tinggi dengan hati girang.

Hidup ditentukan oleh buku yang kita baca, pengalaman yang kita depani dan persahabatan yang kita jalin mesra secara profesional.

Jalan baru untuk pencapaian terletak pada pengamatan dan pengalaman. Kehidupan masa lalu adalah guru guru terbaik pada masa depan. Dengarkan suara hati. Ia berbisik lembut mesra menyapa meminta kita untuk sentiasa cari jalan baru arah kesuksesan.

Praktiskan bisnes yang sihat

Carpe Diem. Raihlah hari. Tiap hari itu berharga. Manfaatkan ia untuk perkara yang pasti. Jalani kehidupan seutuhnya setiap hari.

Rata-rata umur manusia tidak lebih dari 30,000 hari sahaja. Mengambil usia junjungan besar Nabi Muhammad SAW seputar lebih kurang 22, 600 hari sahaja. Demikianlah singkat kehidupan dunia fana ini. Steve Jobs yang pernah dinobatkan sebagai CEO terbaik dunia masa kini hidup selama 20,984 hari sahaja.

Jangan patah semangat. Usah mudah kehilangan arah. Jalani kehidupan seolah olah setiap hari adalah hari terakhir kehidupan kita di dunia ini. Jalani hidup tanpa tergesa. Teratur dan berstruktur.

Bina impian seolah akan hidup lama selamanya. Hiduplah seakan mati itu esok hari. Filosofi ini akan dapat merevolusikan hidup manusia.

Kata mudahnya, sentiasa segar bugarkan visi besar. Dalam pada itu, percaya pada rincian dalam setiap langkah. Tekun teliti dalam setiap hal.

Daki anak tangga satu persatu. Tahu definasi tepat apa yang kita mahu. Umpama mahu kaya raya sampai tahap mana. Jangan berbuih mulut bercakap tentang jutawan dan bilionwan tanpa tahu angka dan data.

Orang yang ultra kaya berdasarkan catatan FB sahabat saya Tuan Mazlan Mohamad,  “Di Malaysia, ada 310 individu ultra-kaya pada 2017 berbanding 280 pada 2016. Nilai harta bersih golongan yang dipanggil ultra kaya ini adalah mesti melebihi RM193 juta”

Bercita-cita lah untuk petik bintang di langit tinggi. Takdir tangan tak sampai, tangan kita tidak akan kotor dek selut lumpur di bumi. Demikianlah resipi sukses sang usahawan. Sentiasa mahu jadi yang terbaik, tambah baik dan buat baik dalam kehidupan dunia supaya di akhirat nanti kita usahawan dapat berjiran di syurga.

 

Roslan Ab Hamid adalah perunding pemasaran digital yang berpengkalan di Jakarta, Indonesia.  Beliau menulis catatan ini masa berada di Langkawi UNESCO Global Geopark.  Beliau boleh dihubungi di FB Roslan Ab Hamid.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment